Home » Citra Yadim » Keluarga tinggal di rumah dhaif disantuni YADIM

Keluarga tinggal di rumah dhaif disantuni YADIM

SELISING – Meruntun hati dan jiwa. Begitulah keadaan rumah Puan Mek Yah Abdul Halim di sini yang disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 18 Mac.

Rumah kayu dhaif itu berlubang di sana sini, papannya reput, atapnya tidak mempunyai siling menyebabkan bahang panas begitu terasa dalam keadaan cuaca kering sekarang.

Meskipun diuji hidup dalam keadaan begitu sukar, Mek Yah dan ahli keluarganya tetap senyum melayan kedatangan kami ke kediamannya.

Lebih lebar senyumannya apabila sumbangan barangan keperluan harian disampaikan (YADIM) kepadanya.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam kunjungan badan dakwah ini ke kediamannya sempena program program menyantuni rakyat di negeri ini pada 18 Mac.

Ahli Dewan Undangan Negeri Selising, Yang Berhormat Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail yang hadir sama dalam kunjungan ini, juga menyampaikan sumbangan peribadi untuk keluarga Mek Yah.

Turut hadir ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Ketua Sukarelawan YADIM Kelantan Ustaz Ismail Muhamad.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *