Home » Langit Terbuka » Israel umum tinggalkan UNESCO akhir 2018

Israel umum tinggalkan UNESCO akhir 2018

BAITULMUQADDIS 23 Dis. – Israel mengumumkan keluar daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) atas alasan sikap berat sebelah ‘anti-Israel dan serangan sistematik yang diterima negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar­nya, Emmanuel Nahshon berkata, keputusan itu berdasarkan kepada percubaan agensi itu untuk memutuskan sejarah Yahudi daripada tanah Israel.

Beliau berkata, surat rasmi untuk menarik diri daripada agensi itu akan dikemukakan sebelum akhir tahun ini dan Israel akan meninggalkan organisasi tersebut menjelang akhir tahun 2018.

Awal tahun ini Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menarik balik penyertaan dari UNESCO atas alasan yang sama.

Israel sering menyebut tentang kecenderungan anti-Israel dalam organisasi PBB di mana Israel dan sekutu-sekutunya diatasi oleh negara-negara Arab dan penyokong mereka.

Resolusi agensi itu baru-baru ini mendapat kritikan rakyat Israel yang melihatnya sebagai cubaan mengurangkan hubungan penganut Yahudi dengan Baitulmuqaddis dan kota Hebron. – AP

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *