Home » Citra Yadim » Israk Mikraj: Program Bicara Dakwah Rasulullah

Israk Mikraj: Program Bicara Dakwah Rasulullah

SEMPENA Israk Mikraj, YADIM Kelantan pada 10 Februari meneruskan usaha dakwahnya dengan menganjurkan program Bicara Dakwah Rasulullah yang berlangsung di Masjid Permatang Sungkai di Pasir Puteh, Kelantan.
Kuliah disampaikan oleh Mudir Pondok Islahiyyah Kuin Pasir, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun.
Turut hadir Imam Tua Masjid Permatang Sungkai, Ustaz Abd Rahim Jaafar.
Mewakili YADIM Kelantan ialah Penolong Pegawainya, Aidi Kusuma Mamat.
Seramai 150 ahli kariah hadir mendengar kuliah yang disampaikan. Turut diadakan cabutan bertuah bagi meraikan ahli kariah yang hadir.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *