Home » Langit Terbuka » Isu Sensasi Kurang Berkesan Sebagai Daya Penarik – Sultan Nazrin

Isu Sensasi Kurang Berkesan Sebagai Daya Penarik – Sultan Nazrin

Baginda bertitah pengundi lebih mengutamakan aspek tadbir urus yang baik dan defisit keyakinan berlaku kerana faktor-faktor rasuah dan salah guna kuasa.

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah trend pengundian dalam kalangan generasi muda memperlihatkan kaedah mendapatkan sokongan dengan mensensasikan isu-isu agama dan kaum semakin kurang berkesan sebagai faktor daya penarik.

Baginda bertitah pengundi lebih mengutamakan aspek tadbir urus yang baik dan defisit keyakinan berlaku kerana faktor-faktor rasuah dan salah guna kuasa.

Titah Sultan Nazrin, pengundi juga mahukan tadbir urus yang berpaksikan undang-undang dan tidak kepada karisma seseorang individu.

“Sentimen pengundi wajib dibaca secara tepat oleh kerajaan yang telah diberikan mandat memerintah. Sentimen pengundi juga wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya.

“Sentimen pengundi yang lebih menumpukan kepada tadbir urus yang baik lagi telus, dan semakin kurangnya daya pengaruh isu-isu sensasi berteraskan agama dan kaum, membuka ruang luas untuk budaya politik di negara ini dapat dibangunkan atas penyebut atau denominator yang sama,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku ‘Reflections on Malaysian Unity and Other Challenges’ karya pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Dr Chandra Muzaffar di sini, hari ini.

Titah baginda bilangan rakyat yang turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 serta risiko yang diambil pengundi untuk menukar kerajaan serta peralihan kuasa yang berjalan secara aman dan harmoni memperlihatkan akar demokrasi semakin subur.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1630579

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *