Home » Langit Terbuka » JAIS nafi Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 Shah Alam ditutup

JAIS nafi Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 Shah Alam ditutup

Penularan berita kononnya Masjid Al Munawwarah ditutup akibat Covid-19 tidak benar, malah ia terus beroperasi seperti biasa kata JAIS. - Foto NSTP

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27 di sini, ditutup sementara waktu termasuk solat fardhu berikutan seorang jemaahnya dipercayai dijangkiti virus COVID-19.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata arahan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya dan masjid berkenaan tidak pun ditutup dan malah diarah terus dibuka.

“Apa-apa keputusan akan dibuat selepas JAIS membuat semua pertimbangan, saya telah arahkan masjid terus melakukan solat fardhu lima waktu dengan menetapkan langkah-langkah kawalan yang lebih ketat dan pembersihan permis perlu dilakukan segera dengan kerjasama Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penutupan masjid berkenaan, yang tular dalam laman sosial.

Mohd Shahzihan berkata pihak masjid juga diminta memaklumkan kepada jemaah agar mereka yang telah dikenalpasti positif atau sedang menunggu keputusan dan semua yang ada kontek dengan mereka yang dijangkiti COVID-19 untuk melakukan kuarantin di rumah masing-masing mengikut arahan Kementerian Kesihatan.

Terdahulu, sebuah media tempatan menerusi laman webnya melaporkan masjid berkenaan ditutup buat sementara waktu hari ini, selepas seorang jemaahnya positif COVID-19 selepas pulang dari bercuti di Vietnam. – Bernama

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *