Home » Langit Terbuka » Jakim gerakkan kempen beli ayam siap dilabel

Jakim gerakkan kempen beli ayam siap dilabel

Membeli ayam yang siap dilabel penting bagi memastikan pengguna dapat mengetahui sumber bekalan dan status halal ayam secara terus. - Foto Islamic Tourisme Centre

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggerakkan kempen pembelian ayam siap dilabel bagi menjamin status halal ayam yang dibeli.

Jakim dalam satu kenyataan berkata, kempen itu penting bagi memberi panduan kepada pengguna mendapatkan ayam dari sumber bekalan yang halal serta status rumah sembelihan.

“Ia penting bagi memastikan pengguna dapat mengetahui sumber bekalan dan status halal ayam secara terus.

“Selain itu, peniaga juga tidak dapat menyembunyikan maklumat dan status halal bekalan ayam yang mereka pasarkan,” katanya di sini pada 22 November.

Jakim berkata, pengguna juga boleh membuat pilihan dengan lebih yakin dengan setiap ayam yang dibeli.

Menurutnya lagi, pihak pengeluar boleh dipertanggungjawabkan dan diambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.

Sebelum ini, Jakim turut menjelaskan beberapa kekeliruan mengenai produk ayam yang dijual di pasaran. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *