Home » Citra Yadim » Jasamu membenteng negara tidak dilupa

Jasamu membenteng negara tidak dilupa

SIMPANG EMPAT – Pada 16 September, program Konvoi Kemerdekaan YADIM yang sempena sambutan Hari Malaysia berjalan serentak di seluruh negara.

Di Perlis pula program telah dimulakan dengan qiyamulail di Masjid Uthman Affan, Kampung Surau seawal 5 pagi.

Slot tazkirah Subuh menyentuh perihal kemerdekaan diisi oleh pendakwah bebas terkemuka, Ustaz Hashim Othman.

Konvoi ini bermatlamat untuk menziarahi dan menyantuni para veteran tentera, warga emas dan juga golongan mualaf terpilih di sekitar Utan Aji dan Simpang Empat.

Mendengar kisah-kisah perjuangan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia ini cukup memberi pedoman. Bertugas di pos-pos kawalan yang berbeza, ceruk di pedalaman dan di tengah kesunyian hutan.

Ada juga di kalangan mereka bertugas sebagai pendidik dan unit pengangkut.

Jasa mereka bukan sekadar mempertahankan kedaulatan negara malahan membina anak watan bangsa merdeka!

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *