Home » Langit Terbuka » ‘Jika tiada sijil halal, jangan salah guna tulisan jawi’

‘Jika tiada sijil halal, jangan salah guna tulisan jawi’

Tindakan menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk khususnya makanan yang tidak mempunyai sijil pengesahan halal dibimbangi akan memberi kesan kepada pengguna khususnya yang beragama Islam, kata Jakim. - Foto Indahnya Islam

PUTRAJAYA – Syarikat bukan Islam yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk untuk tujuan mengelirukan pengguna boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, larangan itu sudah termaktub dalam undang-undang dan pihak yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan.

“Kalau syarikat itu (bukan Islam) sudah memiliki sijil halal yang sah daripada Jakim tidak ada masalah (untuk gunakan tulisan jawi).

“Apa yang menjadi masalah adalah apabila syarikat bukan Islam yang tidak memohon serta memiliki sijil halal mengambil kesempatan dengan tujuan untuk mengelirukan pengguna Islam,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) yang mahukan kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk yang dihasilkan pengusaha bukan beragama Islam.

Mengulas lanjut, tindakan menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk khususnya makanan yang tidak mempunyai sijil pengesahan halal dibimbangi akan memberi kesan kepada pengguna khususnya yang beragama Islam.

Terdahulu, Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dilaporkan berkata, tulisan jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna dengan status halal sesuatu produk. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *