Home » Citra Yadim » Juara Perdana DMY terima watikah mengajar Wilayah Persekutuan

Juara Perdana DMY terima watikah mengajar Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Juara Perdana Daie Muda YADIM (DMY), Muhammad Naim Saadoon telah menerima watikah untuk membolehkan beliau mengajar dan berceramah di Wilayah Persekutuan.

Menerusi tauliah bagi kategori Al Quran dan Fardhu Ain itu, Muhammad Naim diberi kebenaran sehingga 31 Disember 2021 untuk mengajar dan berceramah kepada dewasa dan kanak kanak.

Surat kebenaran tersebut di bawah Seksyen 96(3) Akta Pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah Wilaya Persekutuan) itu ditandatangani sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah.

Antara lain surat itu juga memaklumkan agar beliau mematuhi peraturan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa seperti tidak menyebarkan ajaran bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, tidak menyenrtuh perkara sensitif seperti kedaulatan dan kuasa Yang DiPertuan Agong, isu politik dan peribadi mana mana individu.

Muhammad Naim dinobatkan sebagai Juara Perdana di Pentas Akhir DMY pada 3 Oktober lalu.

DMY merupakan sebuah program anjuran YADIM di bawah Sektor Latihan dan Perkaderan yang bertujuan melahirkan pendakwah muda negara, dengan fokus kepada penggunaan teknologi untuk berdakwah.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *