Home » YADIM MADANI » Kalam Madani Khas dengan kerjasama PUSPEN Besut

Kalam Madani Khas dengan kerjasama PUSPEN Besut

GOLONGAN Yang ingin berubah dan kembali ke jalan lurus sewajarnya didekati dan tidak disisihkan kerana semua layak diberikan peluang kedua.
Cakna dengan itu, YADIM Terengganu pada 22 April dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut telah menganjurkan program Kalam Madani Khas Bersama Yang Dipertua YADIM.
Bertempat di Masjid al-Hidayah PUSPEN Besut, ia disertai seramai 250 warga pusat berkenaan.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus meluangkan masa selama lebih sejam bersama penghuni pusat berkenaan. Turut diadakan ialah sesi kuiz, penyampaian sagu hati biskut raya dan solat Asar berjemaah.
Hadir sama ke program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *