Home » Citra Yadim » Kali keenam berturut-turut YADIM berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015

Kali keenam berturut-turut YADIM berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015

ALHAMDULILLAH…YADIM telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015 selepas menjalani proses audit dengan AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd (AJA) pada 20 November.
Ini merupakan kali keenam berturut-turut badan dakwah ini menerima pensijilan kualiti berkenaan.
Hasil audit oleh AJA menunjukkan tiada Ketidakpatuhan Utama dicatatkan selepas ia dijalankan di kesemua bahagian di badan dakwah ini.
Antara yang diaudit termasuklah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Perancangan Strategik, Penerbitan, Pembangunan Du’at, Institut Latihan Dakwah YADIM, Penyelarasan NGO dan Rakan Startegik, Sumber Manusia, Kewangan dan lain-lain lagi.
Sesi audit hari ini dijalankan oleh wakil AJA iaitu Encik Fahmi Ismail (Ketua Auditor), Puan Faradila Aris, Encik Wan Arfan Wan Azlan dan Puan Adlina Suhaimi.
YADIM akan sentiasa menambah baik inisiatifnya dalam melestari gerakan dakwah bukan sahaja untuk mencapai objektifnya, tetapi juga untuk memastikan gerak kerjanya sentiasa telus.
Audit bersama AJA seterusnya akan diadakan pada Disember tahun hadapan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *