Home » Citra Yadim » Kedah Virtual Fits Challenge.

Kedah Virtual Fits Challenge.

JITRA – Kesihatan diri seseorang individu adalah penting terutama kepada seseorang pendakwah untuk memastikan gerakan dakwah berjalan dengan lancar.

Memahami kesihatan amat penting dalam dunia dakwah, maka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah telah bekerjasama dengan Pejabat Exco Kesihatan dan Department of Art, Culture and Sports (DACS) untuk menjayakan program Kedah Virtual Fits Challenge.

Program ini diadakan selama sebulan bermula 5 Februari dan bakal berakhir pada 5 Mac 2022.

Majlis pelancaran pada 4 Februari di Tasik Darul Aman telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman,

Dalam majlis pelancaran ini, Pengarah YADIM Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyampaikan ucapan aluan dan nasihat berkaitan kepentingan hidup sihat terutama kepada anak muda dan pendakwah.

YB Dato’ Dr. Mohd Hayati pula dalam ucapan perasmiannya telah memberikan beberapa panduan dan tips untuk menurunkan berat badan dan mengekalkan kesihatan yang baik.

Sebelum itu, semua peserta telah mengikuti program senaman secara beramai-ramai di padang yang dipimpin oleh jurulatih Syafiq Khairi. Lebih daripada 100 individu  pelbagai latar belakang berbeza telah menyertai program ini.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *