Home » Citra Yadim » Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor

Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor

GERAK Kerja dakwah YADIM Selangor bersama belia diteruskan dengan mengisi slot sempena Kem Belia Sejahtera (K-Best) 2023 Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Majlis Belia Negeri Selangor dan Majlis Belia Daerah Sabak Bernam.
Dalam program yang diadakan di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam bermula 7 hingga 9 November ini,YADIM diwakili Encik Mohammad ‘Izzuddin Mohamad Ares, Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, yang menyampaikan slot Pengenalan dan Peluang Bersama YADIM Dalam Bidang Kepimpinan Belia.
Seramai 80 orang peserta terdiri daripada pelbagai kelompok belia dari daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam telah turut serta dalam kem tersebut.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan belia berisiko mengenai bahaya masalah sosial dan mesej bahaya ini dapat disebarkan secara meluas melalui medium bimbingan rakan sebaya di kalangan peserta.
Turut hadir ke program tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Mohammad Hafiz Baba.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *