Home » Citra Yadim » Kembara Rahmah Dungun bantu realisasi jadikan daerah ilmu

Kembara Rahmah Dungun bantu realisasi jadikan daerah ilmu

DUNGUN – Penganjuran Seminar Rahmatan Lil Alamin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membantu merealisasikan hasrat menjadikan daerah ini sebagai pusat ilmu.

Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, Profesor Madya TS Dr Mazidah Puteh berkata, hasrat tersebut akan lebih mudah dicapai menerusi penganjuran lebih banyak majlis majlis seperti ini.

“Seminar ini adalah penjelasan secara ilmiah terhadap gagasan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa oleh kerajaan.

“Semoga kerjasama antara UiTM dengan YADIM akan dapat diteruskan di masa akan datang,” katanya semasa berucap di majlis perasmian seminar tersebut Dewan Cemara, UiTM kampus Dungun hari ini (11 Julai).

Seminar tersebut diadakan sempena Program Kembara Rahmah Dungun di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Operasinya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang.

Nik Omar dalam ucapan perasmian nya berkata umat Islam digalakkan mencari ilmu untuk tujuan pengukuhan, keberkatan mahupun bagi pelaksanaan perjalanan kehidupan.

Seminar tersebut bermula pada jam 9 pagi menerusi pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Islam: Satu Sorotan Dari Sudut Tamadun’ oleh Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Terengganu, Dr Hamdan Aziz.

Kertas kerja kedua bertajuk ‘Rahmatan Lil Alamin Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Negara Ini’ kemudiannya dibentangkan oleh Pengarah Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Mohd Shafiee Hamzah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *