Menurut beliau, namun ramai usahawan bumiputera Islam di negara ini yang masih belum mendapatkan sijil halal Jakim dan digesa supaya berbuat demikian sama seperti dilakukan oleh syarikat MNC dan usahawan bukan bumiputera.

Tambah Mujahid, sijil halal itu akan menjadikan perniagaan yang diusahakan berkembang bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara.

“Pergilah ke China, anda tidak boleh jumpa pun orang Melayu, semuanya Cina. Soalan saya ialah, ini halal atau tidak (kerana) ada yang Muslim Cina, tapi tidak halal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Halfest Jakim 2019 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines di Seri Kembangan di sini.

Halfest Jakim 2019 dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tambah Mujahid, ia merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk memastikan bumiputera bersama-sama dalam pensijilan ini.

“Keprihatinan kami adalah kalau mereka (bumiputera) hendak memperluaskan pasaran, jika bercita-cita besar, jadikan halal sebagai penanda aras,” – Utusan Malaysia