Home » Langit Terbuka » Mufti Selangor nafi gesa boikot Mydin

Mufti Selangor nafi gesa boikot Mydin

Mufti Selangor, Dato' Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid. - Foto Malaysiakini

PETALING JAYA – Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Mohd Tamyes Abd Wahid menafikan dakwaan beliau menggesa orang Islam supaya memboikot syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).

Beliau berkata, perkara itu tidak benar, tetapi enggan mengulas lanjut.

“Itu tidak benar,” katanya ringkas ketika dihubungi FMT.

Sebelum ini tersebar di media sosial melalui aplikasi WhatApps yang menunjukkan satu perbualan gesaan mufti Selangor supaya orang memboikot rangkaian pasar raya runcit Mydin selepas dikaitkan dengan sokongan terhadap Syiah.

Dalam mesej tersebar di media sosial itu juga Mydin didakwa tidak mahu membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Makluman, Mydin itu syarikat Syiah, dia tidak mahu bayar zakat pada LZS. Dia bayar khums kepada kumpulan Syiah.

“Satu ketika dia dapat geran bekal baju sekolah agama dari LZS, pun tetap tak bayar zakat. Oleh itu Mydin pun patut diboikot juga,” kata pesanan tersebut. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *