Home » Langit Terbuka » Kepentingan solat diterapkan kepada pelajar Islam

Kepentingan solat diterapkan kepada pelajar Islam

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon mencuri tumpuan di Dewan Rakyat hari ini apabila tanpa kekok menjawab soalan berkaitan isu pelajar Islam yang didakwa mengabaikan solat dan tidak patuh kepada agama.

Sin Woon menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) itu yang turut memetik firman Allah SWT “Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.

Beliau berkata, dalam menangani isu pengabaian solat dalam kalangan pelajar Islam, pendidikan dan pengajaran agama perlu diterapkan di rumah oleh ibu bapa Islam.

“Sejak Kementerian Pendidikan melaksanakan program ataupun kurikulum j-QAF pada tahun 2005, tidak ada lagi sebab pelajar Islam tidak boleh mempelajari dari segi jawi, fardu ain dan al-Quran,” katanya yang mendapat sorakan Ahli Dewan Rakyat.

Dalam soalannya mengenai faktor mengapa pelajar Islam mengabaikan solat serta perancangan kementerian untuk mengatasinya, Siti Zailah turut mengemukakan statistik mendakwa lebih 80 peratus pelajar Islam di negara ini mengabaikan solat dan hampir 14 peratus lagi gagal dalam praktikal mengambil wuduk dan tidak mahir bacaan solat.

Akibat pengabaian solat itu katanya, menyebabkan pelajar terbabit melakukan kemungkaran termasuk derhaka kepada ibu bapa akibat tiada jati diri.

Sementara itu, Chong menegaskan kementerian sudah mengambil kira elemen berkaitan solat bagi semua murid Islam di peringkat prasekolah, sekolah rendah hingga menengah.

Katanya, penekanan solat di sekolah rendah diberi penekanan dalam Program j-QaF melalui Model Kem Bestari Solat.

“Program sokongan bagi kurikulum yang dilaksanakan di luar jadual waktu seperti Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) pula dilaksanakan di sekolah menengah melalui kaedah Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah.

“Dalam bidang kurikulum penekanan solat dibuat melalui Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR), Anugerah Surau Imarah Sekolah (ASIS) dan aktiviti persatuan pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah,” katanya. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *