Home » Langit Terbuka » Kerajaan ulangi komitmen perkasa Islam ikut al-Quran dan hadis sahih

Kerajaan ulangi komitmen perkasa Islam ikut al-Quran dan hadis sahih

Dalam pertemuan dengan ulama dan cendekiawan Islam itu, Perdana Menteri turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara antaranya begaimana memperkasa institusi Islam supaya tidak hanya memebicarakan soal ibadat, sebaliknya turut menyentuh bidang sains dan ekonomi

 

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad  mengulangi komitmen kerajaan bahawa pelaksanaan Islam di Malaysia akan mengikut ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis sahih.

Komitmen tersebut dinyatakan Perdana Menteri semasa pertemuan khas beliau bersama tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam di pejabatnya di sini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu.

Mujahid berkata Mahathir dalam pertemuan bersama 37 tokoh ilmuan Islam turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia model negara Islam kontemporari terbaik di dunia.

“Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi.

“Dalam soal ini Dr Mahathir mahu ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran  Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan,” katanya.

Ketika pertemuan itu katanya lagi, Perdana Menteri turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara antaranya begaimana memperkasa institusi Islam supaya tidak hanya membicarakan soal ibadat, sebaliknya turut menyentuh bidang sains dan ekonomi – BERNAMA

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *