Home » Citra Yadim » Kerjasama MAIWP – YADIM dipererat

Kerjasama MAIWP – YADIM dipererat

HUBUNGAN Baik antara YADIM dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak sekian lama telah memberi manfaat untuk pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di Kuala Lumpur dan Labuan.
Program golongan gelandangan, sumbangan untuk penghuni Anjung Singgah dan kelas kelas Fardhu Ain di Projek Perumahan Rakyat merupakan sebahagian inisiatif yang dianjurkan bersama oleh kedua organisasi ini.
Di bawah kepimpinan baharu YADIM ketika ini, kerjasama ini akan dieratkan lagi menerusi pelbagai program yang telah dirancang.
YADIM komited untuk bersama MAIWP menyantuni golongan yang memerlukan tanpa meminggirkan mana mana pihak, sesuai dengan hasrat kerajaan dalam Aspirasi Malaysia Madani.
Terima kasih atas jemputan menghadiri Majlis Sambutan Ramah Mesra Syawal MAIWP bersama Rakan Strategik pada 16 Mei yang berlangsung cukup meriah. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus hadir sama ke majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *