Home » Citra Yadim » Kerusi roda untuk Rocky Din

Kerusi roda untuk Rocky Din

Foto Ihsan Malaysia Gazette

“Ustaz boleh dak kot kot ada bantuan kerusi roda. Kerusi yang suami Kak Long pakai ni rosak dah.

“Suami pun tak kerja time PKP. Hotel tak dak orang,’’ ujar isteri kepada seniman Rocky Din, yang lebih mesra dipanggil Kak Long ketika kunjungan kali pertama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang.

“InsyaAllah Kak Long. Tak janji, kami cuba ikhtiar sat tengok…kot kot boleh tarik mana mana bajet nak beli kerusi roda,”.

Tiga hari selepas kunjungan kali pertama itu, Alhamdulillah pada 22 Februari YADIM Pulau Pinang telah berkunjung kembali dan kali ini membawa sebuah kerusi roda untuk Rocky Din, atau nama sebenarnya, Mohd Hashim Mohd Sharif serta sedikit barangan keperluan harian.

Rocky yang berterima kasih atas keprihatinan YADIM berkata, bantuan yang diterima itu amat dihargai dan tepat pada masanya.

Jelasnya lagi, beliau diserang angin ahmar yang mengakibatkannya sukar bergerak sejak Ogos lalu.

Justeru katanya, beliau amat bergantung pada kerusi roda untuk bergerak, dan yang dimilkinya ketika ini sudah sangat uzur.

Hadir menyampaikan bantuan tersebut ialah Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Rocky Din merupakan penyanyi popular era 60 an. Beliau adalah penyanyi kepada lagu popular ketika pilihanraya, Marilah Mengundi.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *