Home » Langit Terbuka » Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM

Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM

Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Datuk Seri Mohammed Al-Issa.

RIYADH: Liga Muslim Sedunia (WML) menyokong pendekatan kesederhanaan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menghadapi keganasan demi menjaga kemamanan dan keharmonian di Malaysia.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) adalah sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.

“Tidak dapat disangkal, pendekatan wasatiyyah yang digunakan oleh Malaysia itu seiring dengan ideologi dan pendekatan Arab Saudi dalam menentang keganasan,” katanya kepada tiga editor Malaysia di pejabatnya di sini.

Al-Issa berkata beliau menemui Najib ketika lawatannya ke Putrajaya baru-baru ini dan menyifatkan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kecerdasan dan kebijaksanaan.

“Beliau seorang yang sangat baik dan ahli politik yang bijak,” katanya.

Beliau menambah bahawa keazaman Najib dalam mempromosikan kesederhanaan  memberi inspirasi kepada banyak cendiakawan serta pertubuhan Islam di dunia.

“Sesungguhnya Malaysia merupakan contoh masyarakat berbilang budaya yang harmoni di dunia… suatu contoh kewujudan bersama yang aman,” katanya.

GMM pada asasnya merupakan satu seruan untuk masyarakat berbilang kaum, kebudayaan, kepercayaan dan cintakan keamanan untuk bersikap rasional dan bekerjasama menentang segala bentuk keganasan.

Sejak itu ia telah mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada pemimpin dunia dan pertubuhan antarabangsa serta pertubuhan antara kerajaan

Al-Issa juga memberi amaran tentang sesetengah kuasa politik yang mengembangkan ekstremisme dan menyokong kumpulan pengganas bagi membawa masalah di banyak negara.

Beliau berkata elemen ekstremisme ini menimbulkan ancaman serius bukan sahaja kepada dunia Islam tetapi juga kepada masyarakat bukan Islam.

Al-Issa berkata terorisme telah menjadi satu wabak yang telah menular di semua negara menerusi media sosial untuk menambah bilang pengikut terutama di kalangan remaja.

Tahun lepas, Al-Issa dikurniakan bintang Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Seri”. — BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *