Home » Citra Yadim » Kongsi rezeki di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik

Kongsi rezeki di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik

KUCHING – Program Kongsi Rezeki oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan di Surau Hidayatul Rahman Kampung Gersik di sini.

Kali ini, sebanyak 250 pek bubur lambuk diagihan kepada ahli jemaah serta penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya. Pengagihan turut diadakan kepada orang awam yang tinggal dan lalu lalang serta peniaga yang menjalankan perniagaan mereka di sekitar Pejabat YADIM Sarawak.

Simbolik penyampaian bubur lambok ini disempurnakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) merangkap Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Elektrik) yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Yang Berhormat Datuk Dr. Abdul Rahman Bin Junaidi.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Sarawak, Awng Dulhadi Awang Mat. Seramai 12 kakitangan YADIM serta Sukarelawan YADIM Sarawak terlibat dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *