Home » Citra Yadim » Konvensyen Malaysia Rahmah bakal diperluas

Konvensyen Malaysia Rahmah bakal diperluas

KANGAR – Sesuai dengan usaha kerajaan memperluaskan gagasan Rahmatan Lil Alamin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Konvensyen Malaysia Rahmah di sini pada 12 Julai.

Disertai kira kira 200 peserta, ia bakal diadakan di beberapa tempat yang lain bagi mempromosi gagasan Rahmatan Lil Alamin dan konsep rahmah sebagai objektif utamanya.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, Kedah akan menjadi destinasi seterusnya siri program berkenaan.

“Program di Kedah akan dilaksanakan pada 25 Julai ini bertempat di hotel The Jerai, Sungai Petani dan seterusnya akan diteruskan ke negeri negeri lain InsyaAllah tahun ini dan mungkin berlanjutan hingga tahun depan,” katanya ketika ditemui media di konvensyen berkenaan.

Menurut beliau, program di Perlis itu tersebut mempunyai dua objektif iaitu, memberi pemahaman tentang isu kepelbagaian, dan tentang bahaya sikap melampau.

“Kita mahu terangkan kepada masyarakat supaya kikis sifat melampau ini daripada mereka. Sifat melampau dalam fikiran, tindakan , beragama, mengeluarkan pandangan dan sebagainya, semua ini perlu ditinggalkan daripada kehidupan mereka,” jelasnya.

Program di Perlis dimulakan dengan ucaptama Zolkharnain Abidin pada jam 9 pagi, sebelum Ahli Majlis Agama Islam Melaka, Ustaz Musa Mohamad menyampaikan pidato bertajuk ‘Kepelbagaian: Rahmat Tuhan’.

Zolkharnain kemudian menyampaikan sebuah pidato bertajuk ‘Sikap Melampau: Apa dan Kenapa?’ sebelum majlis diteruskan dengan sebuah forum bertajuk ‘Setahun Malaysia Baharu: Pencapaian Dan Cabaran’.

Forum ini menampilkan ahli panel yang terdiri dari Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Jamzuri Ardani, Ahli Parlimen Kangar, Yang Berhormat Tuan Amin Ahmad dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Wan Kharizal Wan Khazim.

Perasmian penutupan konvensyen pula disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sena, Perlis, Yang Berhormat Asrul Nizam Abdul Jalil.

Asrul dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada YADIM atas penganjuran program seperti ini serta menyatakan sokongan sekiranya konvensyen ini diteruskan.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *