Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat Pertubuhan Kebajikan Hidayahku Malaysia (My Guide Malaysia)

Kunjung Hormat Pertubuhan Kebajikan Hidayahku Malaysia (My Guide Malaysia)

PERTUBUHAN Kebajikan Hidayahku Malaysia (My Guide Malaysia) telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus pada 21 November.
Bertujuan membincangkan ruang dan peluang untuk menjalin kerjasama dengan badan dakwah ini, My Guide Malaysia diwakili oleh Pengerusinya, Haji Nicholas Sylvester dan Pengurus Dana dan Rangkaian Strategik, Haji Azahari Abdul Kadir.
Turut dibincangkan ialah tentang cadangan bagi program yang kini telah dilaksanakan oleh My Guide Malaysia, bagi melibatkan YADIM pada masa akan datang seperti inisiatif membetulkan salah tanggaan tentang Islam, memberi khidmat sokongan kepada masyarakat serta membina hubungan harmoni dengan masyarakat majmuk.
Selain aktif di negara ini, My Guide Malaysia juga bergerak melaksanakan program porogram dakwah di beberapa negara lain.
YADIM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang pihak yang berhasrat untuk bekerjasama dalam melestari gerakan dakwah bagi manfaat masyarakat dan umat Islam di negara ini.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *