Home » Citra Yadim » Kunjungan daripada Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Kunjungan daripada Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

YADIM Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 20 November.
Dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM Kapten (B) Shamsuddin Moner, kedua-dua pihak telah merancang untuk bersama-sama menyelaraskan program pembangunan sahsiah, disiplin, kerohanian dan kepimpinan.
Selain itu, perancangan program seminar kenegaraan turut menjadi agenda pertemuan tersebut.
Satu sesi libat urus akan diadakan hasil pertemuan antara agensi ini dengan jabatan tersebut dengan kerjasama agensi-agensi dan rakan strategik YADIM.
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Encik Ruzain Syukur Mansor, hadir mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam pertemuan ini.
Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *