Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang

Kunjungan hormat wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang

YADIM Telah menerima kunjungan hormat daripada dua orang wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang pada 13 Februari di ibu pejabatnya di Putrajaya.
Pertemuan ini adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama dakwah khusus untuk komuniti di daerah tersebut.
Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof.
Ia memfokuskan kepada perancangan awal pelaksanaan program dakwah melibatkan remaja dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk pada awal Mac ini.
Selain itu, turut dibincangkan mengenai penubuhan pasukan Sukarelawan YADIM di daerah tersebut bagi memudahkan penyelarasan operasi bantuan kemanusiaan dan sumbangan kepada komuniti.
Hadir daripada Majlis Perbandaran Selayang ke mesyuarat tersebut ialah Ahli Majlis Zon 10, Encik Ahmad Zahiri Zahid Sofian dan Ahli Majlis Zon 11, Encik Mohd Montazeri Nordin.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *