Home » Citra Yadim » Kursus inovasi untuk warga YADIM

Kursus inovasi untuk warga YADIM

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha melahirkan kakitangan yang kredibel dan serba boleh, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan Kursus Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi pada 21 November lalu.

Kursus sehari ini dikendalikan oleh Perunding Latihan Kanan, Sub Kluster Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Puan Sujata a/p Muniandy dan dihadiri oleh 30 pegawai dan kakitangan YADIM.

Antara pengisian latihan termasuklah teknik inovasi gambar serta pengembangan fikiran dan komunikasi.

Turut didedahkan ialah Mekanisme Panduan Pembudayaan & Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam, Kaedah Penilaian dan Kriteria Penarafan Inovasi, Cara Penyediaan Dokumentasi Efektif selain Metodologi ‘Design Thinking’.

Sementara itu dalam sesi penutup kursus, Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman berkata, pengurusan inovasi di badan dakwah ini amat digalakkan dan pihaknya sentiasa menggalakkan warga badan dakwah ini melakukan inovasi dalam menjalankan tugas seharian.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *