Home » Citra Yadim » Lawatan Yang Dipertua YADIM dan MAIM ke PERKID Hulu Langat.

Lawatan Yang Dipertua YADIM dan MAIM ke PERKID Hulu Langat.

HULU LANGAT – Yang Dipertua  YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan telah mengadakan lawatan ke Kem Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia atau PERKID di Hulu Langat, Selangor pada 12 Januari.

Lawatan berkenaan merupakan di antara siri lawatan beliau kepada rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dirangka pada tahun 2022. 

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM yang juga Pengerusi MAIM, Ustaz Muhammad Najhan Halim, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya dan Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsudin Moner. .

Lawatan Ustaz Nasrudin dan rombongan disambut oleh Pengerusi PERKID, Ustaz Masrizi Sat yang juga merupakan Timbalan Pengerusi 3 MAIM.

Ustaz Nasrudin turut dibawa oleh Ustaz Masrizi melawat lokasi pusat pemulihan pelatih-pelatih PERKID dan diberi taklimat tentang kaedah dan modul pemulihan yang dijalankan oleh PERKID. 

Satu program yang dirancang bersama antara YADIM, MAIM dan PERKID akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Semoga lawatan ini mempertautkan ukhuwah antara YADIM dan NGO-NGO yang menyumbang peranan besar kepada kemajuan ummah dan dakwah.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *