Home » Langit Terbuka » Mahkamah Perancis kekal pengharaman pakaian renang wanita Islam

Mahkamah Perancis kekal pengharaman pakaian renang wanita Islam

CANNES (PERANCIS),  14 Ogos – Pusat peranginan di sini semalam memperoleh sokongan mahkamah untuk mengharamkan ‘burqini’ – pakaian renang Muslim – selepas hakim enggan mengubah keputusannya menghalang wanita Islam memakai pakaian itu.

Pihak berkuasa tempatan di bandar Riviera, tuan rumah bagi festival filwm Cannes, mengambil tindakan mengharamkan pemakaian burqini di pantai akhir Julai lalu. Tindakan itu diikuti saman oleh sebuah resort, Villeneuve-Loubet .

Tiga wanita disokong oleh Collective Against Islamophobia in France (CCIF) mencabar keputusan Cannes di mahkamah pada Jumaat dengan menyatakan tindakan itu adalah salah dan meminta langkah itu digantung terlebih dahulu.

Bagaimanapun, mahkamah di Nice menolak permohonan itu dengan menyatakan tindakan diambil adalah sah mengikut undang-undang Perancis.

Hakim menyatakan pengharaman itu diisytiharkan ‘dalam konteks darurat dan serangan militan Islam, terutama di Nice beberapa bulan lalu’.

“Memakai pakaian tersendiri, selain daripada yang biasa dipakai untuk berenang, hanya akan ditafsirkan dalam konteks dan simbol keagamaan,” kata peraturan itu.

Peguam CCIF, Sefen Guez Guez, berkata beliau akan merayu keputusan itu di mahkamah lebih tinggi kerana keputusan itu membuka pintu kepada pengharaman penggunaan semua simbol keagamaan di tempat awam.

Pakaian Islam menjadi isu panas sejak dulu di Perancis, di mana pemakaian hijab di tempat awam dilarang, tetapi tiada pengharaman simbol keagamaan dipakai.

Burqini juga menjadi tajuk berita utama di Perancis minggu ini apabila sebuah taman tema air di Marseille membatalkan rancangan menganjurkan program pemakaian burqini, berikutan bantahan awam. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *