Home » Langit Terbuka » Raja Salman jamin sokong iktiraf Palestin

Raja Salman jamin sokong iktiraf Palestin

Raja Salman (kanan) berkata, negaranya kekal menyokong Palestin dan hak rakyatnya terhadap sebuah negara bebas dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya. - Foto DetikNews

RIYADH – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menyatakan pentadbiran diraja itu komited mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas ketika menerima kunjungan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, semalam.

Agensi rasmi Arab Saudi, SPA melaporkan, Raja Salman berkata, negaranya kekal menyokong Palestin dan hak rakyatnya terhadap sebuah negara bebas dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Jaminan itu dibuat ketika Amerika Syarikat dijangka menawarkan beliau membawa pelan damai antara Israel dan Palestin dalam satu persidangan di Poland. -AFP

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *