Home » Citra Yadim » Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian

Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian

YADIM Kelantan terus mendekati dan bekerjasama dengan pihak sekolah di negeri tersebut bagi tujuan melestari gerakan dakwah dalam program-program pendidikan agama.
Pada 29 Januari, badan dakwah ini telah terlibat dalam program Majlis Khatam al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Durian, di dewan sekolah berkenaan.
Seramai 39 pelajar tahun 3,4,5 dan 6 terlibat. Menariknya, majlis turut menyaksikan peserta paling muda khatam yang merupakan pelajar Tahun 1, Muhammad Harraz Nik Mohd Syafiq dari kelas 1 Firdaus.
Perasmian program disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Ustaz Mohd Zaki Mohamed Zain.
Terdahulu, Guru Besar SK Bechah Durian, Encik Zamri Omar menyampaikan ucapan aluan sebelum wakil YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff turut menyampaikan sepatah dua ucapan.
YADIM menyumbang 40 naskhah al-Quran untuk para pelajar dalam majlis ini. Para pelajar yang khatam turut menerima sijil.
Majlis khatam al-Quran ini dipimpin oleh Bilal Masjid Pasir Pekan, Ustaz Mohamad Izzamuddin Muhamad.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *