Home » Citra Yadim » Mangsa banjir 3 kampung terima sumbangan agensi agama Islam Persekutuan

Mangsa banjir 3 kampung terima sumbangan agensi agama Islam Persekutuan

LIPIS – Sebanyak 100 keluarga daripada tiga kawasan perkampungan di sini menerima sumbangan pelbagai bentuk barangan bagi membantu mereka yang menjadi mangsa bencana banjir.

Tiga perkampungan tersebut ialah Kampung Kerambit (60 keluarga), Kampung Lentang (20 keluarga) dan Kampung Jeram Bungor (20 keluarga) di sini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Marzuk Shaary dalam kunjungan beliau pada 8 Januari.

Antara agensi agama Islam yang turun padang termasuklah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonimi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tv al Hijrah dan Yayasan Waqaf. Turut sama membantu ialah pertubuhan bukan kerajaan, Khidmat Malaysia.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Pahang, Ustaz Hazmi Dibok. YADIM telah menyalurkan sumbangan Buku Insan Terpilih, kit kebersihan dan kit solat.

Inisiatif turun padang dan sumbangan oleh YADIM di daerah ini, adalah sebahagian daripada usaha badan dakwah ini menyantuni mangsa banjir di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *