Home » Langit Terbuka » Letak mahkamah syariah bawah Undang-Undang Tubuh Negeri

Letak mahkamah syariah bawah Undang-Undang Tubuh Negeri

Pengerusi MDN, Prof Emeritus Dato Mahmood Zuhdi Ab Majid. - Foto MDN

KUALA LUMPUR – Majlis Dakwah Negara (MDN) menyarankan agar penubuhan mahkamah syariah negeri diletakkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri masing-masing seperti mahkamah sivil.

Jelas Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, penubuhan mahkamah syariah melalui enakmen negeri akan mewujudkan ketidakseimbangan antara kedua-dua mahkamah.

“Buat masa ini, semua negeri selain Terengganu menubuhkan mahkamah syariah melalui enakmen negeri sahaja. Hal ini akan menyebabkan perbandingan medium penubuhan yang tidak seimbang antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil,” katanya menerusi kenyataan pada 17 Julai.

Mahmood terdahulu merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas persidangan buat julung kalinya melibatkan Mahkamah Utama Syariah (MUS) di negeri itu.

MDN dalam masa sama juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana Perak merupakan negeri pertama mempunyai empat hierarki mahkamah berbanding tiga sebelum ini.

“Peningkatan hierarki mahkamah ini memberi lebih keadilan kepada pihak-pihak yang berlitigasi di mahkamah kerana mempunyai dua peluang untuk merayu berbanding sebelum ini satu sahaja jika kes bermula di Mahkamah Tinggi Syariah.

“Dua peluang merayu ini adalah lebih adil kerana kedua belah pihak akan mempunyai peluang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi sekiranya mereka tidak menang di mahkamah bawahan,” tambahnya.

Justeru beliau berharap agar negeri lain juga akan mengambil inisiatif yang sama untuk meningkatkan bilangan hierarki mahkamah sehingga sama seperti mahkamah sivil iaitu lima peringkat mahkamah. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *