Home » Langit Terbuka » Martabat kebebasan media – Nurul

Martabat kebebasan media – Nurul

Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR 16 Mei – Kebebasan media perlu dimartabatkan sepenuhnya secara bertanggungjawab tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan kaum di negara ini tanpa dipengaruhi arahan pihak tertentu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan terdahulu hanya mementingkan pemusatan kuasa yang menggunakan media termasuk Peguam Negara untuk mengarahkan sesuatu perkara.

“Di negara kita ini, terma demokrasi tidak diberikan sepenuhnya dan berada dalam keadaan parah. Pemusatan kuasa berada dalam tangan Perdana Menteri. Mereka turut menggunakan agensi dan jawatankuasa tertentu untuk mengarahkan hal-hal tertentu.

“Namun, kita berharap segala agensi dan jawatankuasa yang diwujudkan kerajaan hari ini tidak berlaku seperti era pemerintahan terdahulu. Saya mahu semua pihak berkepentingan melakukan usaha kita sendiri contohnya pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018,” katanya ketika ditemu bual Bernama Radio hari ini.

Dalam temu bual eksklusif yang berlangsung kira-kira 25 minit itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sempat menjawab 20 soalan daripada penyampai radio serta soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pendengar.

Justeru, katanya, inisiatif terdahulu seperti Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) perlu dikembalikan semula supaya hak kebebasan bersuara tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *