Home » Citra Yadim » Masyarakat Islam perlu faham isu RUU355

Masyarakat Islam perlu faham isu RUU355

JOHOR BAHRU 10 Nov. – Dalam usaha memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai Rang Undang-undang Akta 355 (RUU355), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Selatan telah melaksanakan satu program pada 9 November bertempat di Dewan MPC, Bandar Baru Uda, di sini.
Program berkenaan, Seminar Perpaduan dan Penerangan RUU 355 itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor selaku penganjur bersama.
Dalam program berkenaan para hadirin telah diberikan penjelasan mengenai RUU355 oleh para ahli panel yang terdiri daripada Penasihat Agama Islam Johor yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim, Dato’ Nooh Gadot, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor, Dato’ Haji Amir Danuri, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya dan Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.
Pengurus Eksekutif Yadim Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, pada keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta berdasarkan maklum balas mereka.
“Sememangnya, masih ramai yang tidak begitu jelas mengenai isu ini dan dengan sebab itu, Yadim perlu memainkan peranan dalam menyampaiakan maklumat yang betul mengenai isu RUUU355 ini agar masyarakat memahami dengan jelas perkara demikian.
“Yadim juga mahu masyarakat memahami bahawa isu ini sangat penting kepada keseluruhan ummah dan dengan sebab itu orang ramai perlu memahaminya dengan mendalam dan tidak hanya mendapatkan maklumat dari sumber-sumber alin seperti media sosial,’’ katanya.
Bidang kuasa mahkamah syariah akan diperkasa dan diperluaskan melalui Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015.
Matlamat itu boleh dicapai me­lalui dua pindaan dalam rang undang-undang tersebut seperti yang dicadangkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) ketika membentangkan rang undang-undang ahli persendirian dalam sidang Dewan Rakyat 26 Mei lalu.
Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *