Home » Citra Yadim » MAWAR terima 3 AJK Induk baharu

MAWAR terima 3 AJK Induk baharu

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima perlantikan tiga orang ahli jawatankuasa induk mereka yang baharu.

Ketiga tiga ahli jawatankuasa ini, yang merupakan professional dalam bidang masing masing dilantik bagi menggantikan dua ahli yang mengundurkan diri atas sebab sebab tidak dapat dielakkan sebelum ini.

Perlantikan yang pertama adalah Dr Siti Noor Munirah Ibrahim, seorang pakar perubatan keluarga. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidangnya yang sangat luas, termasuklah pernah bertugas di United Kingdom. Dr Siti Noor Munirah kini bertugas di Hospis Kasih dalam bidang perubatan paliatif.

Kedua ialah Nurul Iman binti Datuk Seri Dr Dzulkefly, pensyarah undang-undang di Kolej Antarabangsa Sains Perubatan Pusrawi. Beliau juga merupakan seorang personaliti televisyen yang kerap muncul di pelbagai rancangan seperti di TV Al Hijrah dan TV9.

Lantikan ketiga ialah Dr. Khadijah Ismail, bekas pensyarah yang banyak menghasilkan kertas kerja, jurnal dan buku akademik pelbagai tajuk.

Watikah perlantikan mereka disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Muhamad Hafiz Musa sambil disaksikan oleh Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim dalam Pemukiman MAWAR-YADIM di sini pada 8 Februari.

Pemukiman selama dua hari itu bertujuan merangka bajet, pelan tindakan dan gerak kerja MAWAR untuk tahun ini dan akan datang.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *