Home » Langit Terbuka » Pengerusi Persidangan Liga Parlimen Al-Quds mahu bawa usul isu Palestin ke Dewan Rakyat

Pengerusi Persidangan Liga Parlimen Al-Quds mahu bawa usul isu Palestin ke Dewan Rakyat

Melalui perbahasan di Parlimen, Syed Ibrahim mahu tindakan dan strategi tertentu bagi menangani isu tersebut diambil di pihak Dewan Rakyat. - Foto YouTube


PETALING JAYA – Pengerusi Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds, Yang Berhormat Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau akan membawa usul mengenai isu Palestin ke persidangan Parlimen Mac ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ledang berharap satu sesi perbahasan khas akan diberikan kepada wakil kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan perkara itu.

“Saya sendiri akan bawa usul ini dan berharap akan disokong oleh ahli Parlimen, tak kira pembangkang atau kerajaan.

“Ini supaya ia sampai ke peringkat dunia dan Malaysia dilihat lantang, bukan sahaja perdana menteri, tetapi di peringkat Parlimen,” katanya ketika ditemui pada Persidangan kali ke-3, Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds, di sebuah hotel di sini, pada 9 Februari.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendesak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meletakkan jawatan susulan keputusannya mengumumkan “pelan damai” Timur Tengah yang dikenali sebagai “Deal of the Century”.

Mahathir berkata, keputusan Trump untuk melaksanakan ‘pelan damai’ Palestin-Israel itu adalah tidak adil dan hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik di rantau itu yang ketika ini turut dibantah berbilion orang di dunia.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, melalui perbahasan di Parlimen, beliau mahu tindakan dan strategi tertentu bagi menangani isu tersebut diambil di pihak Dewan Rakyat.

Beliau berkata, dalam persidangan Liga Ahli Parlimen kali ini, ramai pemikir dalam kalangan ahli Parlimen mahu bawa usul sama ke Parlimen negara masing-masing. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *