Home » Langit Terbuka » Menteri Kesihatan pesan jaga pemakanan, ubat-ubatan dan kebersihan

Menteri Kesihatan pesan jaga pemakanan, ubat-ubatan dan kebersihan

Menteri Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan pengambilan air kosong dan memastikan pengambilan ubat ubatan dengan cara yang betul semasa musim perayaan ini. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga kementerian kesihatan dan seluruh umat Islam di Malaysia.

Beliau menasihati orang ramai untuk memastikan persekitaran kediaman berada dalam keadaan bersih disamping stok ubat-ubatan yang mencukupi sebelum pulang ke kampung.

“Saya ingin berpesan kepada mereka yang ingin pulang ke kampung, sebelum meninggalkan kediaman, pastikan keadaan persekitaran rumah bersih dan tidak mempunyai tempat takungan air yang boleh menjadi punca kepada pembiakan nyamuk Aedes.

“Jika ada ubat-ubatan yang ingin dibawa pulang bersama ke kampung, pastikan semak preskripsi agar ubat-ubatan yang dibawa adalah betul. Bawa ubat yang mencukupi dan asingkan ubat-ubatan ahli keluarga yang lain bagi mengelak kekeliruan.

“Apabila tiba Syawal dan bersiap sedia untuk beraya, pastikan minum air kosong yang secukupnya dan kurangkan pengambilan air berkarbonat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai tentang hidangan berasaskan buah-buahan yang boleh disediakan untuk tetamu disamping mengawal pengambilan kalori sepanjang musim Aidilfitri. – Malaysia Dateline

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *