Home » Citra Yadim » Misi bantuan banjir kampung Orang Asli Kuala Koh

Misi bantuan banjir kampung Orang Asli Kuala Koh

GUA MUSANG – Usaha membantu mangsa banjir di negeri ini turut disasarkan kepada masyarakat Orang Asli oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.

Pada 7 Januari, sejumlah 60 set sumbangan telah dikumpulkan untuk diserahkan kepada komuniti berkenaan di Kuala Koh, Aring di sini.

Bagaimanapun usaha ini mengalami halangan apabila Jambatan Sungai Lebir di sini tidak dapat dilalui akibat ditenggelami air hingga ke paras dada.

Ekoran itu, YADIM Kelantan mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Masjid Felda Aring 1 di sini untuk menempatkan barangan sumbangan secara sementara di rumah ibadah berkenaan.

Barangan dijangka akan dapat disampaikan setelah air banjir surut pada 8 Januari oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Yang Berhormat Amran Arifin.

Turut sama membantu menjayakan misi ini ialah Mohamad Zawawi Che Awang, Pengurus Felda Aring 1 bersama Che Mod Mat Nawi, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Paloh dan Ahli Jawatankuasa Masjid Felda Aring 1.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *