Home » Citra Yadim » MPP UniSHAMS kunjungi YADIM bincang pelbagai kerjasama

MPP UniSHAMS kunjungi YADIM bincang pelbagai kerjasama

PUTRAJAYA – Anggota Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) pada 13 Januari mengadakan kunjung hormat kepada YADIM bukan sahaja untuk menjalin ukhuwwah, tetapi juga bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak.

Kunjungan MPP UniSHAMS diketuai Presidennya, Mohd Hasif Mohd Hasrin bersama 28 anggota persatuan itu mengadakan perbincangan selama lebih sejam bersama wakil bahagian Kepimpinan Muda YADIM.

Antara yang dibincangkan ialah tawaran penganjuran program khususnya melibatkan pelajar universiti berkenaan secara bersama, dengan UniSHAMS berbesar hati menjadi tuan rumah.

Turut disentuh ialah inisiatif menggalakkan para pelajar universiti itu untuk menyertai Rakan Siswa YADIM serta cadangan bagi para pelajar menyumbang dalam bentuk penulisan kepada buletin dan jurnal YADIM sekiranya sesuai.

Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UniSHAMS, Mohd Marwan Mohd Salleh dan Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar Muhammad Helmi Che Halim.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *