Home » Langit Terbuka » Mujahid cadang tukar nama jalan di Brickfields kepada Jalan Harmoni

Mujahid cadang tukar nama jalan di Brickfields kepada Jalan Harmoni

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika pelancaran dana untuk surau Madrasatul Ghoutiyyah di Brickfields. - Foto FB

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mencadangkan salah satu jalan di Brickfields diberi nama Jalan Harmoni kerana terdapatnya rumah-rumah ibadat semua agama di situ.

Mujahid berkata nama baharu itu simbolik perpaduan.

“Saya sangat mengharapkan nama Jalan Harmoni dapat diberikan di kawasan ini, seperti di Pulau Pinang di mana ada satu jalan, lebih kurang 1 kilometer, sama macam di kawasan ini ada gereja, kuil, tokong dan masjid,” katanya.

Mujahid akan bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad untuk mengisytiharkan salah satu jalan di situ sebagai Jalan Harmoni.

Ia akan menterjemahkan cita-cita kita untuk mengekalkan keamanan antara kaum dan agama. Ini menjadi contoh di Malaysia kita dapat hidup aman di sebalik perperangan di sana sini atas nama agama.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran dana untuk surau Madrasatul Ghoutiyyah di Brickfields.

Majlis turut dihadiri ketua-ketua rumah ibadat Buddha, Hindu, Taoist dan Kristian.

“Ini satu contoh berbuka yang sangat digalakkan di mana mereka dapat hadir bersama bagi meraikan bulan kerohanian. Ia boleh membawa mesej kedamaian dan keamanan,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *