Home » Langit Terbuka » RM1.2 bilion pastikan kemajuan syiar Islam tahun depan

RM1.2 bilion pastikan kemajuan syiar Islam tahun depan

Menteri Kewangan berkata, sebagai agama yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, sejumlah RM150 juta pula disediakan bagi melaksanakan program-program tertentu

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion tahun depan berbanding RM1.1 bilion tahun ini bagi memastikan kemajuan syiar Islam tidak terjejas berikutan keadaan ekonomi yang mencabar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai agama rasmi yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan, sejumlah RM150 juta pula disediakan bagi melaksanakan program-program tertentu.

Katanya, ia termasuk pembinaan masjid dan surau di seluruh negara, inisiatif ‘Khaira Ummah’ untuk melahirkan lebih ramai profesional di kalangan huffaz dan modul pembelajaran agama dengan penggunaan Braille.

Kerajaan juga katanya, telah meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai kerajaan beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah sebanyak tujuh hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Bagi menghargai 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam pula, Lim berkata, kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan keagamaan.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa membentangkan Belanjawan 2019 yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *