Home » Langit Terbuka » New Zealand papar peta iktiraf Palestin

New Zealand papar peta iktiraf Palestin

Tangkap layar paparan di laman web Jabatan Imigresen New Zealand yang menunjukkan kedudukan Palestin di Timur Tengah, tanpa Israel. - Foto Press TV

WELLINGTON – Laman web rasmi kerajaan New Zealand mencuri perhatian kerana memaparkan sebuah peta Asia Barat yang menidakkan kewujudan Israel dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Lapor PressTV, peta berkenaan dimuat naik di laman web Jabatan Imigresen New Zealand sebagai lembaran fakta tentang kehadiran imigran Palestin ke negara itu.

Laman yang dirujuk sebagai penindasan besar-besaran warga Palestin itu turut menerangkan tentang sekatan ekonomi dan sekatan-sekatan lain yang diwujudkan Israel di Gaza.

Lembaran fakta itu turut mengiktiraf al-Quds di timur Baitulmuqaddis sebagai pusat pemerintahan kerajaan Palestin.

Laman tersebut bagaimanapun digugurkan selepas beberapa aduan timbul di media sosial.

Institusi Israel di New Zealand menggesa menteri imigresen membuat permohonan maaf dengan kadar segera dan pada masa sama menuntut pengesahan bahawa perkongsian imej tersebut tidak menggambarkan polisi kerajaan.- Press TV

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *