Sambutan hangat Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri YADIM

PUTRAJAYA – Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sempena meraikan Syawal, yang diadakan hari ini (27 Jun) di sini mendapat sambutan cukup luar biasa, dengan anggaran hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkannya. Walaupun dijadualkan bermula jam 1 tengahari, hadirin telah mula memenuhi dewan jamuan seawal jam 12 tengahari. Majlis ini turut diserikan dengan […]

Peranan semua tarik minat pelajari Bahasa Arab

JASIN – Semua pihak berperanan untuk menarik minat generasi muda bagi mempelajari Bahasa Arab dan menguasai Al Quran. Mengulas lanjut, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, usaha menarik minat mempelajari Bahasa Arab dan giat membaca Al Quran perlu dimulakan dari awal lagi. Tambah beliau, ia […]

Mapim teruskan kempen sokong Dr Zakir hingga 31 Julai

ALOR SETAR – Kempen atas talian bagi menyokong Dr Zakir Naik agar tidak diekstradisi ke India yang dilancarkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapat sambutan, dengan memperoleh lebih 10,000 tandatangan. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tandatangan itu dibuat menerusi dalam talian di laman sesawang berikut, https://www.gopetition.com/petitions/support-dr-zakir-naik-say-no-to-india-extradition.html, sejak 12 Jun lalu. Menurutnya, Mapim turut […]

Oman buka kedutaan di Palestin

MUSCAT – Oman mengumumkan akan membuka kedutannya di Palestin, sekali gus menjadikannya Negara Teluk yang pertama berbuat demikian. Keputusan itu dibuat sebagai kesinambungan sokongan Oman terhadap rakyat Palestin, dengan memutuskan untuk membuka misi diplomatik di peringkat kedutaan di Palestin. Jurucakap Kementerian Luar memberitahu, satu delegasi akan ke Ramallah dalam masa terdekat sambil berharap hasrat Muscat […]

Sumbangan untuk komuniti Kampung Kelubi

JASIN – Sebagai sebahagian usaha dakwahnya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 26 Jun telah menyampaikan sumbangan kepada komuniti memerlukan di Kampung Kelubi di sini. Seramai lapan buah keluarga disantuni oleh YADIM menerusi sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Ustaz Muhammad Hafiz Musa. Antara yang disantuni termasuklah golongan […]

Dokumentari Allahyarham Tok Guru

PUTRAJAYA – Satu usaha sedang giat dijalankan untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai ketokohan dan pemikiran Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Ab Aziz Nik Mat. Bagi tujuan itu, satu perbincangan telah diadakan antara pelakon terkenal tanah air, Sabri Yunus dan pasukannya, dengan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab […]

MAWAR ucap tahniah kepada Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila

Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengucapkan tahniah kepada YBrs Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh atas perlantikan sebagai Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi sesi 2019 – 2022. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 26 Jun, Nik Salida yang merupakan  salah seorang Ahli Jawatankuasa Induk […]

Nik Omar lancar SAR Jasin

JASIN – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz pada 26 Jun telah melancarkan Skuad Al Rahmah (SAR) bagi daerah ini dalam satu majlis di Masjid Al Ghaffar di sini. Ia sebagai salah satu usaha gerak kerja dakwah YADIM, terutamanya dalam memperkasakan konsep Rahmatan Lil Alamin. Skuad […]