Home » Langit Terbuka » MAWAR ucap tahniah kepada Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila

MAWAR ucap tahniah kepada Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila

YBrs Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh. - Foto USIM

Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengucapkan tahniah kepada YBrs Prof Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh atas perlantikan sebagai Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi sesi 2019 – 2022.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 26 Jun, Nik Salida yang merupakan  salah seorang Ahli Jawatankuasa Induk MAWAR, dilantik sebagai anggota Suhakam selama tiga tahun berkuatkuasa 27 April 2019.

Perlantikan berkenaan jelas kenyataan itu, adalah menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) dan diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

MAWAR merasa bangga dengan perlantikan ini serta yakin beliau akan dapat memberikan sumbangan yang baik kepada Suhakam khususnya dan Malaysia amnya.

MAJLIS PERUNDINGAN WANITA RAHMAH-YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA           27 JUN 2019

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *