Home » Langit Terbuka » Oman buka kedutaan di Palestin

Oman buka kedutaan di Palestin

Sultan Qaboos bin Said al Said membuat keputusan untuk membuka misi diplomatik dengan Palestin, kata Kementerian Luar Oman. - Foto Newsweek

MUSCAT – Oman mengumumkan akan membuka kedutannya di Palestin, sekali gus menjadikannya Negara Teluk yang pertama berbuat demikian.

Keputusan itu dibuat sebagai kesinambungan sokongan Oman terhadap rakyat Palestin, dengan memutuskan untuk membuka misi diplomatik di peringkat kedutaan di Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar memberitahu, satu delegasi akan ke Ramallah dalam masa terdekat sambil berharap hasrat Muscat akan terlaksana.

“Sultan Qaboos bin Said al Said membuat keputusan untuk membuka misi diplomatik. Perbincangan buka kedutaan sudah dibuat sebelum ini, jadi kita sudah muktamadkan. Maklumat lanjut kita akan beritahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas perkara itu, pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hanan Ashrawi, mengalu-alukan keputusan kedutaan Oman dan pengiktirafan Palestin sebagai negeri, lapor Reuters.

“Saya berharap kedutaan kita akan membantu mendidik kerajaan Oman mengenai sifat sebenar pendudukan Israel yang begitu zalim,” kata Ashrawi.

Terdahulu berlaku konflik apabila Menteri Luar Oman, Yusuf Alawi menggambarkan Israel adalah sebuah negara di Timur Tengah yang telah wujud di rantau ini.

Alawi berkata, pihaknya menawarkan idea bagi membantu Israel dan Palestin dalam usaha menjamin keamanan serantau, tetapi tidak mahu bertindak sebagai ‘orang tengah’.

“Kami tidak mengatakan situasi sekarang mudah, tetapi keutamaan kami adalah untuk menamatkan konflik dan bergerak ke dunia baru,” katanya. – Reuters

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *