Home » Langit Terbuka » Pelajar sekolah tahfiz terima sijil Kementerian Pendidikan

Pelajar sekolah tahfiz terima sijil Kementerian Pendidikan

Menteri Pendidikan berkata, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi

KUALA LUMPUR – Seramai 249 pelajar tiga sekolah menengah aliran agama yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) bakal menerima sijil tahfiz daripada Kementerian Pendidikan bulan depan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa pendidikan Islam, sijil itu akan memberi nilai tambah kepada pelajar di peringkat menengah rendah dan menengah atas untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata KBT dimulakan pada 2014 di tiga sekolah menengah bagi melahirkan pelajar yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dan membentuk insan yang mempunyai asas keagamaan yang mantap, berwibawa serta berkepimpinan.

“Sehingga 2018, KBT telah dilaksanakan di 17 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan empat buah sekolah berasrama penuh,” katanya pada majlis menandatangani Nota Kerjasama Penganugerahan Sijil Tahfiz antara Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bangunan Parlimen semalam.

Maszlee menarik perhatian bahawa pendidikan tahfiz semakin berkembang dan mendapat perhatian ibu bapa kerana kesedaran masyrakat terhadap kepentingan pendidikan al-Quran dan kelebihan yang diperoleh jika memperoleh gelaran Al-Hafiz.

“Dalam pembentangan belanjawan negara baru-baru ini, kerajaan turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM50 juta kepada sekolah tahfiz yang berdaftar.

“Secara keseluruhannya, kementerian komited dalam melaksanakan pelbagai usaha sama ada dari aspek kurikulum tahfiz, pentaksiran, pensijilan, perjawatan dan latihan guru bagi mengiktiraf pendidikan tahfiz dan huffaz setanding dengan pendidikan arus perdana di negara ini,” katanya.- Bernama

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *