Home » Citra Yadim » Pelatih ADMY bantu bersih kediaman mangsa banjir di Kampung Jawa

Pelatih ADMY bantu bersih kediaman mangsa banjir di Kampung Jawa

HULU LANGAT – Sebagai antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana banjir, daerah ini memerlukan banyak pertolongan untuk membantu penduduknya kembali bangkit.

Untuk tujuan itu,pelatih Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) telah bergandingan dengan Rakan Siswa YADIM serta rakan kerjasama, badan bukan kerajaan Serantau Muslim membantu membersihkan sebanyak empat kediaman penduduk Kampung Jawa di sini pada 22 Disember.

Secara tidak langsung, program ini memberi pendedahan kepada pelatih ADMY mengenai gerak kerja melestari gerakan dakwah di lapangan.

Program ini turut disertai fellow ADMY, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi hingga Zohor itu membersihkan kediaman Ahli Jawatankuasa Masjid, warga emas dan keluarga salah seorang rakan Daie Muda YADIM sendiri.

Selain membantu membersihkan kediaman, YADIM turut memberi sumbangan wang tunai, barangan dapur, kit kesihatan dan barangan Halagel kepada mereka yang disantuni.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *