Home » Citra Yadim » Pencarian DMY diteruskan

Pencarian DMY diteruskan

PUTRAJAYA – Anda petah berkata kata dan ada aura serta gaya seorang pemimpin ?

Beraspirasi untuk berdakwah dalam persekitaran dunia penuh cabaran ini ?

Jika ya, maka anda lah yang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cari sebagai Daie Muda YADIM (DMY).

Sebagai DMY anda bukan sahaja berperanan berdakwah secara konvensional, malah sebagai daie gerak kerja sebahagian besarnya termasuklah berjuang di medan maya hari ini.

Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada graduan pengajian Islam, berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Selain petah berkata kata, calon calon juga perlu memiliki ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

Program ini diadakan dengan kerjasama TV Al Hijrah. Bagi yang terpilih, mereka akan menjalani latihan bersama YADIM selama empat bulan bermula Februari ini.

Syarat syarat untuk menjadi seorang DMY yang lain boleh dirujuk pada poster program yang disediakan.

Untuk sertai peluang keemasan menjadi DMY ini, emelkan profail anda ke daiemuda@yadim.com.my  . Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Cik Nor Akmal Abdul Malek di talian 03-8870 3870 atau 019 – 366 9740

Tarikh tutup untuk kemasukan ialah pada 25 Januari 2020.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *