Home » Citra Yadim » Pengarah YADIM Sabah terima penghargaan PDRM

Pengarah YADIM Sabah terima penghargaan PDRM

Pengarah YADIM Sabah ketika menerima Sijil Penghargaan daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah

KOTA KINABALU – Sebagai menghargai sumbangan kepada pembangunan bidang keagamaan dan dakwah Islamiah di negeri ini, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini telah diberikan penghargaan oleh pihak polis.

Sijil penghargaan kepada Haji Samin Ongki itu disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Yang Dihormati DCP Dato Zaini Jas pada Majlis Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke 212 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini (25 Mac 2019).

Dalam reaksinya, Samin mengucapkan terima kasih atas penghargaan itu. Kata beliau, pengiktirafan tersebut diterimanya mewakili YADIM.

“Saya memanfaatkan jawatan yang diamanahkan untuk membuat kolaborasi, “ ujar beliau.

Menurut polis Sabah, YADIM Sabah di bawah pimpinan Haji Samin telah banyak memberi kerjasama dan sumbangan dalam program keagamaan dan kemasyarakatan bersama PDRM.

Tidak ketinggalan, sumbangan tenaga juga diberikan dalam melaksanakan program, kursus dan ceramah bersama PDRM di sini, hingga menjadi contoh kepada warga pasukan tersebut.

Antara program kerjasama melibatkan YADIM dan PDRM Sabah termasuklah taklimat keselamatan di seluruh Sabah, Misi Sayang Semporna, Sayang Membakut,  Kudat dan Tawau.

Kedua pihak juga bekerjasama menghantar bantuan mangsa kebakaran dan banjir di negeri ini, selain   kutipan dana di masjid serta surau polis seluruh Sabah untuk Misi Sayang Sulawesi iaitu bantuan untuk mangsa tragedi gempa bumi di Palu baru baru ini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *